Program mengimarahkan masjid, surau perlu diperkasa, tarik orang muda

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

MASJID TANAH 2 Mei. – “Penganjuran acara yang bermanfaat seperti khatam al-Quran ini perlu dipandang serius bagi menghidupkan Ramadan kerana ia dilihat semakin dilupakan saban tahun,” kata bekas guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), Maimunah Ahmad, 72.

Dia nyata kecewa dengan sikap segelintir anak muda zaman ini yang semakin melupakan amalan sunat seperti itu bagi mengimarahkan masjid terutama ketika Ramadan.

MAIMUNAH… penganjuran tadarus al-Quran perlu dilakukan setiap bulan bagi memastikan amalan iti terus diwarisi generasi muda di negeri ini.

Katanya, situasi hari ini tidak seperti 30 tahun lalu yang mana setiap masjid sering melaksanakan pelbagai acara menarik anak muda menyertainya termasuk pertandingan tilawah al-Quran dan azan.

“Anak muda hari ini mudah terpengaruh dengan permainan video sampai leka untuk beribadat kepada Allah.

“Aktiviti bertadarus seperti ini perlu dipandang serius oleh semua pihak termasuk pengurusan masjid bagi memastikan masjid sentiasa diimarahkan dan bukan ditutup terutama pada Ramadan.

“(Saya) cukup kecewa melihat keadaan anak muda sekarang dan masjid kini dipenuhi golongan berusia, berbeza zaman dahulu ia dipenuhi oleh kanak-kanak untuk mengaji al Quran serta pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Khatam Tadarus al-Quran di Masjid Salmah Khamis, di sini.

Katanya, penganjuran seperti itu perlu dilakukan setiap bulan bagi memastikan amalan iti terus diwarisi generasi muda di negeri ini.

JAMILAH.

Sementara itu, seorang peserta, Jamilah Hamid berkata, program seperti itu perlu diteruskan sebagai program wajib diadakan di setiap masjid bagi mengimarahkan masjid di Melaka.

“Semoga program ini memberi manfaat kepada semua masyarakat Islam dan ia perlu terus diperkasakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada anak muda untuk mengimarahkan masjid dan surau yang semakin sepi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1399
Kongsi :
Previous post Wanita UMNO Masjid Tanah khatam al-Quran
Next post Chulias and Marakayars: A Persistent Presence in the Tanah Air
Ubah saiz-+=