Sorting by

×

PTHM tingkatkan penggunaan teknologi solar

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyasarkan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi solar sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Hasim berkata, perancangan itu akan diperluaskan dengan menambah jumlah ladang solar dan pemasangan panel solar di bumbung bangunan serta alternatif lain.

Ismail yakin Negeri Melaka akan mencapai kutipan 300 Kilowat tenaga elektrik daripada sistem yang dilaksanakan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan kesedaran pengguna terhadap terknologi itu yang dilihat semakin memberansangkan.

“Setakat ini kita mampu mengutip sebanyak 156 kilowat tenaga hasil daripada empat ladang solar yang ada di Negeri Melaka selain pemasangan panel solar di bumbung bangunan sedia ada.

“Dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 negeri ini menyasarkan sebanyak 300 kilowat mampu dikutip namun kita menjangkakan sasaran ini mampu dicapai lebih awal dalam dua hingga tiga tahun ini berikutan trend penerimaannya di Melaka semakin bagus.

“Perancangan untuk membuka ladang solar pula, kita setakat ini memerlukan kuota permohonan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Setakat ini kita ada menerima permohonan daripada syarikat terlibat namun perkara ini bergantung kepada suruhanjaya bagi kelulusan tanah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Ikrar Bebas Rasuah 2023 diadakan di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Sharil Che Saad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2048
Kongsi :
Previous post Cari penyelesaian isu sampah domestik, industri – Exco
Next post Bazar Aidilfitri Klebang diteruskan, tukar lokasi
Ubah saiz-+=