Pukul pengadil: MALA tingkat aspek keselamatan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 21 November – Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) akan memastikan setiap penganjuran program melibatkan aktiviti sukan mementingkan aspek keselamatan selain menjaga tingkah laku semasa bermain.

Ia bagi memastikan isu pergaduhan yang berlaku membabitkan pengadil bola sepak cedera selepas dipercayai diserang pemain dalam kejohanan itu yang dianjurkan di daerah Manjung, Sabtu lalu tidak berulang lagi.

Presiden MALA, Datuk Shadan Othman berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan selaku tuan rumah program perlu meningkatkan faktor keselamatan semasa pertandingan dijalankan.

“Saya difahamkan ada isu tidak puas hati antara pemain dan pengadil, ada berlaku sedikit pergaduhan antara mereka dan itu disebabkan salah faham kedua belah pihak.

“Saya juga menasihatkan kepada PBT yang lain bila kita anjurkan aktiviti seperti ini, kita mesti mengekalkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan.

“Tidak perlu perbesarkan isu-isu yang kecil, kalau boleh kita kawal perasaan sewaktu bersukan, untuk tindakan kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Whatsapp Image 2023 11 21 At 15.32.13 3324226d
Presiden MALA, Datuk Shadan Othman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Daya Tahan Komuniti (Resilience For Communities /R4C) Melaka yang sempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Pengurus Kanan, Program dan Pengetahuan Resilient Cities Network, Nini Purwajati; Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho dan Ketua Adaptasi Perubahan Iklim Yayasan Z Zurich, David Nash.

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Sukan MALA 2023 melibatkan 48 pasukan dari seluruh negara yang berlangsung selama tiga hari di daerah Manjung dan berakhir Sabtu lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

572
Kongsi :
Previous post Kampung Morten, Pantai Peringgit dipilih laksana program daya tahan komuniti
Next post Showcase Neo-Tradisisme: Angkat martabat adat perpatih
Ubah saiz-+=