Pupuk kesedaran dan tanggungjawab jaga kebersihan

Masa Membaca:57 Saat

AYER MOLEK 21 Julai – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan gotong-royong bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk terhadap penjagaan alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata inisiatif itu sekali gus memupuk sifat tanggungjawab dan disiplin dalam diri masyarakat.

Katanya, pihaknya mahu memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran kepada masyarakat terhadap kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.

“Ini juga membolehkan penduduk saling mengenali antara satu sama lain selain memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.

“Penduduk juga dapat mewujudkan hubungan bersama komuniti desa dengan pemimpin tempatan, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini Rahmad merasmikan
Program Semarak Gotong-Royong anjuran KEMAS dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Dalam di Surau As-Siddiq Kampung Tengah Paya Dalam, 17 Julai lalu.

Program itu tertumpu kepada pembesihan kawasan Surau As Siddiq, Kampung Tengah, Dewan Paya Dalam Utara, Jalan Surau Batu ke Paya Meranti, Jalan Gambir, Jalan Masjid Al Muhtadin dan Kawasan Taman Paya Dalam.

Selain itu aktiviti pembersihan parit di sepanjang Jalan Surau Batu ke Paya Meranti serta Jalan Bukit Gadong turut dilaksanakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1489
Kongsi :
Previous post Satu kerugian Melaka United sekadar seri – Mohd Asri
Next post Ganti kad pengenalan rosak di JAPERUN
Ubah saiz-+=