
Rakyat Jepun mahu Olimpik Tokyo ditunda lagi
TOKYO 22 Julai – Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik.
Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana wabak COVID-19.
Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, dijadual diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Menurut hasil tinjauan oleh penyiar NHK, 31 peratus responden mahu Olimpik 2020 dibatalkan sepenuhnya, sementara 35 peratus mahu ia ditunda sekali lagi. Hanya 26 peratus bersetuju ia dilangsungkan mengikut jadual.
Tinjauan dilakukan dari 17 hingga 20 Julai melalui panggilan telefon, membabitkan 1,298 warga Jepun yang dipilih secara rawak.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA TARIK PERHATIAN PAKAR HIDUPAN LIAR ANTARABANGSA
AYER KEROH 6 September - Zoo Melaka berpotensi menjadi antara hab penting di Asia Tenggara bagi memperkukuh kepakaran dan standard...
KUIH BAKAR BERLAUK MELAKA CURI PERHATIAN DI MAHA 2026
SERDANG 6 September - Selama ini dikenali dengan rasa manis dan aroma pandan, kuih bakar kini tampil dengan kelainan apabila...
PENTERNAK SAMBUT BAIK INISIATIF PEMASANGAN ‘TAGGING’ QR
TABOH NANING 6 September - Keputusan Kerajaan Negeri untuk mewajibkan semua ternakan di negeri ini didaftarkan secara digital menerusi pemasangan...
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
