Raya esok, tambah barang basah saat akhir

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

JASIN 21 April – Walaupun berbaki sehari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun masih ada para ibu bapa yang membeli barangan keperluan di saat-saat akhir.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di Pasar Jasin mendapati masih ramai penduduk kampung membeli barangan basah untuk memasak juadah sempena menyambut Syawal esok (Sabtu).

1661488F-2851-4731-9C10-E967DDA07569
ROSE

Bagi Rose Din,59 dari Taman Kesang Indah, membeli barang keperluan di saat akhir menjadi kebiasaan kerana mahu merasai suasana sehari sebelum Syawal.

“Memang ikutkan barang dapur makcik sudah sedia awal, cuma ada sikit sahaja barang yang tertinggal.

“Bangun pagi tadi terfikir juga apa yang tertinggal dan apa barang tidak lengkap, jadi makcik terus pergi pasar untuk beli, dapatlah rasa suasana Ramadan terakhir sebelum sambut Syawal esok.

“Baju raya semua dah siap awal, tahun ini makcik sekeluarga rancang tema warna merah, menu utama tahun ini adalah ketupat palas sebab lama dah makcik teringin,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

7420E55C-B240-4EAB-A48E-F068C2FD03D9
SEMAN

Manakala bagi Seman Hamid,85, dia hanya ingin menyambut Syawal secara bersederhana bersama cucu dan anak-anaknya.

“Hari ini pakcik beli tulang lembu untuk buat sup esok, tak sabar nak tunggu anak-anak dan cucu balik petang ini.

“Persiapan raya sederhana sahaja, selain sup tulang esok ada juga menu rendang dan ketupat palas,” katanya.

2116FFDF-4E82-4B59-BBEB-6B6F7F9F2996
MESAH

Bagi Mesah Abdullah,67, asam pedas tetel menjadi menu utama keluarganya setiap kali menyambut Aidilfitri.

“Makcik tambah ayam mentah sekor dengan daging tetel untuk masak asam pedas, ini salah satu menu utama keluarga makcik setiap kali raya.

“Tahun ini tema baju raya warna putih, makcik mahu sedondon dengan anak-anak semua, ada yang tidak balik raya pertama tapi raya kedua dan ketiga mereka akan balik beraya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

829
Kongsi :
Previous post PDRM laksana kadar khas bayaran saman RM50 setiap satu
Next post Resipi bapa mentua, lariskan jualan lemang
Ubah saiz-+=