Raya luar biasa MCORP bersama rakan strategik

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

AYER KEROH 18 Mei – Perbadanan Melaka (MCORP) memperkukuh hubungan bersama rakan strategiknya menerusi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang diadakan di Lobi Galeri MCORP, Menara MITC, di sini, hari ini.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi MCORP.

Kehadiran beliau kira-kira jam 12.30 tengah hari disambut Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mashitah Ismail.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Masrul Faizal Mohamad dan lain-lain kenamaan.

Majlis yang diadakan bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang itu dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung terdiri daripada warga kerja agensi dan jabatan Kerajaan Negeri serta rakan strategik MCORP.

Pelbagai juadah makanan disediakan kepada tetamu, selain persembahan nyanyian sebagai penyeri majlis.

Pada majlis sama turut diadakan sesi penyerahan dokumentasi bersama rakan strategik MCORP yang disaksikan Ab Rauf.

photo1684393948
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bergambar bersama rakan strategik yang hadir sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perbadanan Melaka (MCORP) di Lobi Galeri MCORP, Menara MITC, Ayer Keroh. Turut bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mashitah Ismail dan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Masrul Faizal Mohamad. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sesi pertama membabitkan pertukaran memorandum persefahaman bersama (MoU) di antara MCORP, Felda dan Encorp Berhad bagi meneroka potensi pembangunan tanah milik Felda seluas 259.5 hektar di Bukit Katil.

Seterusnya sesi penyerahan surat setuju terima pemilikan tapak asrama seluas 2.02 hektar di Kawasan Perindustrian Elkay, Lipat Kajang Jasin oleh Syarikat Xinyi Solar Malaysia Sdn Bhd kepada MCORP.

Ia diikuti penyerahan perjanjian penyewaan dua lot premis di Kawasan IKS Bersepadu Duyong kepada Lotus Store (Malaysia) Sdn Bhd bagi membagunkan pasar raya berkonsepkan 1k (1,000 kaki persegi) yang pertama di Malaysia.

Sesi keempat pula membabitkan penyerahan dokumen perjanjian jual beli tanah dan premis industri kecil dan sederhana (IKS) kepada tiga usahawan IKS MCORP dan diakhiri dengan penyerahan perjanjian penyewaan ruang pejabat di Menara MITC oleh MCORP klepada tiga penyewa iaitu CMI, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2077
Kongsi :
Previous post Melaka perintis aplikasi inventori pokok
Next post MITI akan bekerjasama dengan KPT, MOSTI bagi perkasakan industri aeroangkasa
Ubah saiz-+=