Replika Jalur Gemilang unik guna 2,240 keping kad putih terpakai

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

RIM 28 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka meneruskan kemeriahan bulan kemerdekaan dengan menghias Jalur Gemilang di ibu pejabat dan pejabat-pejabat daerah di negeri ini.

Terbaharu, di Pejabat JPN Daerah Jasin, sebanyak 100 bendera Malaysia dan Negeri Melaka telah dipasang, termasuklah sebuah replika Jalur Gemilang Gergasi bersaiz 2.4 meter lebar dan 4.5 tinggi.

Menariknya, replika itu dihasilkan hanya menggunakan kad putih hasil kreativiti dan kerja berpasukan pegawai dan kakitangan pejabat berkenaan.

REPLIKA berkenaan julung kali dibina di pejabat berkenaan dengan menggunakan sebanyak 2,240 keping kad putih dan kos pembuatan RM50 sahaja.

Menurut Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman, replika berkenaan julung kali dibina di pejabat berkenaan dengan menggunakan sebanyak 2,240 keping kad putih dan kos pembuatan RM50 sahaja.

“Replika Jalur Gemilang ini julung-julung kali dibina di pejabat JPN ini amat sesuai dengan semangat untuk meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 yang disambut pada tahun 2020.

“Dengan melibatkan sebanyak 2,240 keping kad putih dan kos pembuatan hanya RM50 dengan jumlah 7 orang tenaga kerja, replika ini dapat disiapkan dalam tempoh 4 hari sahaja.

“Dan lebih menarik, kad putih yang digunakan adalah kad pengasingan di dalam berkas kotak Mykad dan ianya diguna semula untuk menghasilkan projek ini,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja menghias itu dipergiat dalam usaha untuk menunjukkan tanda cinta kepada negara, selain simbolik menunjukkan warga jabatan itu memegang tanggungjawab untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di dalam menjaga amanah rekod kependudukan rakyat.

Views:

550
Kongsi :
Previous post Pantai Puteri perlukan tukun tiruan
Next post COVID-19: Masjid, surau sekitar Tanjung Bidara ditutup sementara bagi tujuan sanitasi
Ubah saiz-+=