RM10,000 bantu pelajar susah di lima sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DURIAN TUNGGAL 10 April – Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini disasarkan menerima sumbangan RM10,000 setiap satu bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat pemaju Sri Pengkalan Binaan (SPB) Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Datuk Yap Pit Kian berkata, sumbangan itu akan diagihkan kepada sekolah yang benar-benar mempunyai pelajar susah bagi membantu pembelajaran mereka.

“Kita beri sumbangan kepada pihak sekolah dan sumbangan itu terpulang kepada pihak sekolah untuk uruskan bagaimana, peruntukan kita berikan ini bernilai RM10,000 untuk setahun di sekolah yang terpilih sahaja.

“Tahun ini sekolah pertama menerima sumbangan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal yang mana seramai 10 pelajar akan diberikan bantuan ini yang mana setiap seorang akan menerima RM1,000.

“Sasaran kita lima sekolah akan dipilih tahun ini menerima sumbangan, bagaimanapun kita sedang meneliti sekolah mana yang betul-betul layak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Hari Raya di SMK Durian Tunggal di sini, hari ini.

Katanya setiap sekolah yang dipilih adalah mengikut kepada lokasi projek pembangunan yang dilaksanakan pihak SPB.

“Selain kriteria sekolah berkenaan, kita juga memilih sekolah mengikut lokasi projek pembangunan dilaksanakan oleh kita, mengikut negeri pula antara yang terlibat adalah di Melaka, Kedah dan Johor.

“Kita akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan sama ada sekolah itu layak menerima bantuan untuk pelajar mereka atau tidak, staf kita juga akan membuat kaji selidik setiap sekolah yang menerima bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1826
Kongsi :
Previous post Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan terperangkap
Next post ‘Tiada lagi panggilan ayah di pagi Syawal’
Ubah saiz-+=