RM3.17 juta naik taraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 4 Dis. – Kerja-kerja menaik taraf buat kali pertama sejak pembinaan Kompleks Rakan Muda Alor Gajah akan dibangunkan dengan pembinaan kemudahan baharu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2022.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, projek yang dibangunkan membabitkan peruntukan kira-kira RM3.17 juta itu telah melibatkan keluasan 5.5 hektar dalam kawasan kompleks terbabit.

Jelasnya, kerja-kerja membaik pulih buat kali pertama itu membabitkan pelbagai kemudahan yang akan dinaik taraf dalam kawasan berkenaan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, dewan badminton dan beberapa kemudahan lain.

“Projek yang dinaik taraf di bawah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan ini mampu memberi manfaat kepada penduduk khususnya dalam kalangan belia Alor Gajah supaya kekal aktif dalam riadah dan bidang sukan.

MOHD Rafiq melakukan lawatannya di kompleks terbabit.

“Kerja-kerja yang dijadual siap dalam tempoh 19 bulan ini sekali gus memberi semangat baharu kepada belia di negeri ini dan berharap agar dengan kemudahan yang disediakan ini mampu diguna pakai dan diselenggara dengan penuh berhemah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatannya di kompleks tersebut, di sini semalam.

Views:

2688
Kongsi :
Previous post “Saya tidak akan bubar DUN” – Ahmad Faizal
Next post SPN tawar belia terokai pengalaman bekerja
Ubah saiz-+=