RMKe-12 kini di peringkat akhir penyiapan

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 9 April. – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) kini berada di peringkat akhir penyiapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah memberi cabaran besar kepada banyak aspek.

“…ia juga dalam banyak cara telah mempercepat proses pembaharuan ketika kita sedang merangka RMKe-12, yang kini berada di peringkat akhir,” katanya pada ‘A Transformative Leap: MyDigital Insights & Fireside Chat’ anjuran RHB Investment Bank secara maya hari ini.

Isnin lalu beliau berkata kerajaan menerima permohonan peruntukan melibatkan RM900 bilion bagi RMKe-12 daripada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Bagi 2021 sahaja, sejumlah RM69 bilion telah diperuntukkan, dengan sebahagian besar dana itu disalurkan kepada sektor penjagaan kesihatan, termasuk untuk program vaksinasi COVID-19, katanya.

Beliau berkata memandangkan semua permohonan RMKe-12 datang dari setiap sudut, jadi kerajaan perlu menelitinya secara berhati-hati kerana keutamaan perlu diberikan kepada sektor penjagaan kesihatan.

Menurut laman web RMKe-12 di bawah Unit Perancang Ekonomi, rancangan itu akan dijajarkan dengan inisiatif kemakmuran bersama berasaskan tiga dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

307
Kongsi :
Previous post Lebih 80 peratus kematian akibat COVID-19 berkaitan dengan komorbid- Dr Adham
Next post Geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan diteruskan
Ubah saiz-+=