Rompak berkumpulan: Perintah reman pegawai agensi penguat kuasa disambung

Masa Membaca:44 Saat

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Tahanan reman terhadap seorang pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan berkumpulan di ibu negara Jumaat lepas dilanjutkan sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun seorang lagi suspek kes itu yang turut direman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu Noor Dellhan berkata pihaknya merekodkan keterangan seramai lima individu lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan menjadikan kesemua jumlah 17 individu diambil keterangan setakat ini.

“Siasatan sedang dijalankan, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Pada 11 Dis lepas, sebuah portal berita melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan secara berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, di sini melibatkan kerugian hampir RM1 juta.- BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post Lim Guan Eng terima gaji RM44,375 sebulan sebagai Ketua Menteri – Saksi
Next post Insaflah, minta ampun dengan Allah, kata Hakim kepada lelaki rogol, lakukan seks luar tabii
Ubah saiz-+=