
RTZ Esport juara sulung pertandingan Mobile Legends Online
PASUKAN RTZ Esports melakar sejarah selepas menjadi juara dalam pertandingan Mobile Legends Online yang dianjurkan kali pertama oleh Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) pada 29 November lepas.
Membabitkan penyertaan sebanyak 32 pasukan, pasukan RTZ Esports bertemu dengan pasukan Bronze3.0xrusuh pada perlawanan akhir pertandingan tersebut.
Dengan kemenangan tersebut, RTZ Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM600 beserta sijil, manakala Bronze3.0xrusuh selaku naib juara terima RM400 beserta sijil.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1,500.
Penganjuran pertandingan tersebut merupakan kali pertama diadakan oleh MEA selepas ia ditubuhkan pada 20 Oktober lepas.
MEA menerusi kenyataan di Facebook rasminya baru-baru ini menyebut MEA akan sentiasa komited dalam menyediakan pertandingan sukan elektronik (Esport) pada masa akan datang, supaya Esport di Melaka dapat diperkasakan.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: BUKAN SEKADAR BERHIBUR, TAPI SEMAI CINTA PADA WARISAN TRADISIONAL
TELOK MAS 15 Jun - Pertandingan sukan kampung yang dianjurkan bersempena Majlis Perasmian Pembukaan Program Ajak Sekampung Festival 2026 sempena...
AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI
AYER KEROH 11 Jun - Ayer Keroh Country Club (AKCC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1...
#BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA
AYER KEROH 21 Mei – Kekurangan fasiliti latihan bukanlah alasan untuk tidak melakar sejarah. Itu yang dibuktikan pasukan ragbi Sekolah...
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
24H ULTRAMARATHON: USIA BUKAN PENGHALANG TAMATKAN LARIAN LEBIH 100KM
DUYONG 11 Mei – Minat mendalam terhadap dunia larian serta semangat luar biasa untuk mengatasi batas diri menjadi pemangkin buat...
MELAKA SEMAKIN JADI TUMPUAN PEMINAT SUKAN ANTARABANGSA
DUYONG 10 Mei – Penyertaan pelari dari lima negara luar pada Program Melaka 24H Ultramarathon Edisi Ke-3 sempena Ulang Tahun...
