Sorting by

×

Rumah menanti rebah diganti baharu

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER MOLEK 5 Ogos – Seorang warga emas yang juga ibu tunggal tidak menyangka rumah usang yang menunggu masa rebah ke bumi mendapat perhatian pemimpin kawasan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diganti dengan rumah baharu yang lebih selesa.

Rahmah Abu, 74, yang sebelum ini hidup serba ketakutan kerana terpaksa mendiami teratak uzur di Kampung Paya Meranti, Paya Dalam, di sini, bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang daripada dua penerima sumbangan rumah menerusi program Baiti Jannati TNB tahun ini.

Menurut Pengurus Besar (Hal Ehwal Pemegang Taruh) TNB Melaka dan Negeri Sembilan Ahmad Fadhli Aziz, bagi tahun ini, sebanyak RM154,296.30 diperuntukkan TNB bagi membina dua buah rumah golongan miskin dan asnaf di Melaka menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu.

Ujarnya, sejak tahun 2007 hingga kini, sebanyak 35 buah rumah telah dibina baharu di Melaka membabitkan nilai peruntukan berjumlah lebih RM1.2 juta.

“Bagi Projek Baiti Jannati ini ia melibatkan kerja-kerja membaik pulih, membina baharu atau membiayai pembelian rumah-rumah golongan miskin dan asnaf yang terpilih, yang antaranya meliputi ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin bandar dan luar bandar (Golongan B40).

“Di peringkat Nasional, sejak diperkenalkan pada tahun 2007, sebanyak 879 buah rumah sudah dibaik pulih, bina baharu atau dibiayai pembeliannya di seluruh Semenanjung melibatkan peruntukan melebihi RM39 juta.

“Besar harapan TNB agar para penerima bantuan ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa, sesuai dengan hasrat kami untuk menjadikan kehidupan rakyat ‘Better World dan Brighter Lives’,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tersebut.

KEADAAN rumah yang didiami Rahmah sebelum ini.

Terdahulu, simbolik penyerahan replika kunci rumah Baiti Jannati TNB itu telah disempurnakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1568
Kongsi :
Previous post Kembara RIUH beri ‘nyawa’ industri kreatif negara – Annuar Musa
Next post Fenomena proses geologi berangkai faktor utama bencana banjir di Baling
Ubah saiz-+=