SAMB sedia pertimbang kadar bil air kediaman strata status komersil

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 15 Disember – Permohonan pengurangan kadar bil utiliti air bagi kediaman berstatus komersil boleh dikemukakan kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk pertimbangan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, penetapan dan kelulusan tarif air di negeri ini ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Berikutan itu, katanya residensi berstatus komersil bagi kegunaan sendiri dan bukannya perniagaan boleh memohon kepada SAMB untuk pertimbangan pengurangan tarif itu.

“Residensi berstatus komersil boleh mohon pertimbangan bagi tarif domestik meter pukal kepada pihak SAMB. Perkara yang ini boleh berbincang dengan agensi itu melalui terma dan syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pengangguhan sempenan perbahasan usul bajet negeri Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Sulaiman berkata bagi kategori domestik meter individu caj dikenakan adalah minima sebanyak RM0.60 per meter kiub manakala maksimumnya adalah RM1.45 per meter kiub.

“Bagi kategori domestik atau meter pukal pula RM1.34 per meter kiub dikenakan manakala bukan domestik minimanya adalah RM2.40 per meter kiub.

“Rumah ibadah dan institusi kebajikan adalah sebanyak RM0.90 per meter kiub manakala bagi kategori perkapalan mahal sedikit iaitu RM71 per meter kiub,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2145
Kongsi :
Previous post Projek tebatan banjir akan dilaksanakan sehingga tahun 2100 – Ahmad Zahid
Next post Melaka komited tangani isu pelarian Rohingya
Ubah saiz-+=