
Sang Bedal sesat atas Jambatan Linggi
KUALA LINGGI 18 Dis – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka mengesahkan rakaman video memaparkan kelibat buaya berlegar di atas jalan raya seperti yang tular di media sosial.
Pengarah PERHILITAN Melaka, Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, kejadian itu berlaku di sempadan Negeri Sembilan-Melaka petang tadi.
Beliau berkata, kehadiran reptilia itu mungkin berpunca daripada situasi paras air sungai naik akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.
“Kes ini melibatkan kawasan Negeri Sembilan, namun saya difahamkan tiada tangkapan dibuat membabitkan buaya berkenaan, sebaliknya buaya itu sudah kembali ke habitat asalnya semula,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, video berdurasi 32 saat yang memaparkan buaya tersesat di atas Jambatan Linggi itu tular di media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
