
Saya perlu bersedia awal – Sulaiman
SERI NEGERI 21 Nov – Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri terpaksa diawalkan berbanding jadual asal atas sebab kekangan jadual yang padat selepas ini, kata Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau yang baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-13 berkata, ia berikutan beliau terpaksa menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Selasa dan selepas itu menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-raja.
“Jadi masa yang agak suntuk, memandangkan esok ahad dan banyak perkara yang perlu saya bincangkan bersama Tuan Yang Terutama Tun (Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam).
“Selain itu banyak yang perlu dipersiapkan, jadi mahu atau tidak kita kena juga angkat sumpah pada malam ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Seri Utama, di sini.
Majlis angkat sumpah itu diadakan pada jam 12.58 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
