
Sewa percuma setahun usahawan mula berniaga di Pulau Melaka
SERI NEGERI 27 November – Sewaan percuma selama satu tahun buat peniaga kecil yang memulakan perniagaan di Pulau Melaka merupakan antara inisiatif memperkasa pertumbuhan ekonomi peniaga yang akan ditawarkan pada tahun hadapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran itu akan ditawarkan kepada usahawan yang berjaya dalam permohonan dan memenuhi terma dan syarat ditetapkan.
Menerusi Strategi Kelapan iaitu Menyokong Pemerkasaan Golongan Tumpuan dalam pembentangan Bajet 2024, beliau berkata inisiatif Pemerkasaan Golongan Peniaga turut menawarkan Program Mula Niaga untuk membantu golongan usahawan memulakan perniagaan.
“Program Mula Niaga ini merupakan di bawah inisiatif Pembangunan Usahawan Negeri Melaka untuk membantu peniaga yang ingin memulakan perniagaan dengan implikasi kewangan berjumlah RM200,000.
“Selain itu, peruntukan sebanyak RM100,000 juga akan disediakan sebagai galakan kepada koperasi kariah masjid yang menjalankan aktiviti perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
MELAKA BILA LARUT MALAM ‘MAGNET’ PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April – Program Melaka Bila Larut Malam terus mendapat sambutan hebat apabila secara purata merekodkan kehadiran lebih...
