Simpanan lebur ‘dijerat’ skim kutu

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Hasrat empat rakan yang ingin memperoleh wang sampingan lebur apabila mereka mendakwa ditipu oleh seorang wanita yang juga ‘ibu kutu’.

Difahamkan mangsa mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya dengan skim berkenaan yang menjanjikan pulangan sehingga 60 peratus daripada modal dilaburkan.

Mangsa, yang hanya ingin dikenali sebagai Nor, 33, mendakwa menggunakan wang untuk membaik pulih kediamannya bagi menyertai skim itu selepas dijanjikan pulangan lumayan.

Pekerja swasta itu mendakwa mengetahui mengenai skim berkenaan selepas dimaklum sebelum diajak untuk turut serta oleh rakan sekerjanya

“Saya tertarik dengan gaya hidup mewah rakan dan pada mulanya tidak curiga dengan skim berkenaan. Jadi Februari tahun lalu saya labur RM1,500. Akibat terpedaya janji diberikan saya keluarkan modal dan lakukan 24 transaksi berjumlah ratusan ribu ringgit setakat Disember lalu.

“Sebelum ini saya dijanjikan akan mendapat keuntungan 60 peratus selepas tiga bulan, namun sampai sekarang tidak ada sebarang pembayaran dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi mangsa hanya mahu dikenali sebagai May, berusia 30-an mendakwa, kerugian RM20,000 dan lebih membingungkan modal yang dilabur adalah wang sepatutnya digunakan untuk melunaskan bayaran pinjaman rumah.

“Selain diajak oleh rakan sekerja saya tertarik selepas melihat iklan kerana dijanjikan akan mendapat pulangkan keuntungan seawal tiga bulan sahaja. Bermula dengan pelaburan cuma RM5,000 kini kerugian saya terpaksa tanggung mencapai puluhan ribu.

“Kerana yakin saya menunggu mengikut tarikh dijanjikan tapi selepas tiga bulan dan sampai sekarang saya berlum terima bayaran, mereka beri pelbagai alasan,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia, Md Firdaus Mashor berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 40 individu sekitar Melaka dan Johor menjadi mangsa dengan skim berkenaan dengan kerugian mencecah RM1.3 juta.

“Hari ini seramai 10 mangsa dari Melaka sudah tampil membuat laporan polis dan saya yakin akan ada lagi kerana mereka sebelum ini dikatakan takut untuk ke hadapan.

“Saya harap ibu kutu ini dikenakan tindakan tegas mengikut akta yang ditetapkan kerana ia membabitkan ramai individu selain jumlah kerugian juga jutaan ringgit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3266
Kongsi :
Previous post Buaya ‘viral’ dipercayai dari Sungai Linggi
Next post Isu Kertas Pandora, pelaksanaan Malaysia Madani dibangkit di Dewan Rakyat hari ini
Ubah saiz-+=