SME Corp bantu tingkat ekonomi asnaf Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – SME Corporation Malaysia (SME Corp) memberikan sebanyak RM14.9 juta kepada 154 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bermula Januari hingga Ogos lalu.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, jumlah itu adalah lapan peratus daripada 1,688 permohonan dibawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan nilai geran berjumlah RM195.4 juta.

Katanya, sebanyak 417 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan di Melaka dengan nilai jualan terkumpul sebanyak RM 3.4 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

“Bagi terus menyokong pembangunan usahawan dan PMKS, sebanyak 213 program dilaporkan telah dilaksana pada tahun ini.

“Secara keseluruhan, kerajaan telah peruntukan sejumlah RM 14.7 bilion untuk manfaat kepada 470,000 PMKS seluruh negara.

“SME Corp Malaysia komited dalam memastikan keupayaan PMKS terus dipertingkat melalui pembangunan PMKS yang berinovasi, berdaya tahan dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kerjasama Strategik Memperkasa Keusahawanan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Program tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan DMDI Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy berkata kerjasama strategik antara SME Corp dan Yayasan DMDI dimulakan sejak 2020 bertujuan membantu usahawan dalam kalangan B40 dan asnaf.

Katanya di Melaka seramai 30 orang dalam golongan asnaf telah dipilih dengan bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama DMDI untuk ditingkatkan ekonomi mereka.

“Seperti di negeri-negeri lain, SME Corp telah menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (MAWIP), daripada 100 asnaf, kini 15 daripadanya telah mampu membayar zakat.

“Menggunakan mekanisma yang sama kita akan bantu asnaf di Melaka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2358
Kongsi :
Previous post Polis tumpas sindiket dadah dicampur dalam serbuk minuman
Next post Bajet 2023: Imbangi jurang ekonomi bandar dan luar bandar
Ubah saiz-+=