Stok pelitup muka mencukupi

RAKYAT dilihat patuh dengan perintah kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos.

ALOR GAJAH 2 Ogos – Kerajaan memerintahkan mewajibkan pemakaian pelitup muka mulai semalam, susulan perintah terbaru dikeluarkan bagi membasmi pandemik COVID-19.

Bagi mengelakkan permasalahan stok pelitup muka seperti yang berlaku sebelum ini, tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati rata-rata peniaga termasuk kedai farmasi, kedai runcit dan pasar raya memenuhi keperluan pelanggan.

Menerusi tinjauan di beberapa farmasi mendapati pelbagai jenis jenama pelitup muka dijual dan disusun bersama penanda harga di setiap premis di sekitar negeri ini.

Malah, setiap harga yang dijual tidak melebihi RM70 sekotak (50 helai) selain turut menjual secara pakej sebanyak RM12 bagi 10 helai pelitup muka

Menurut seorang pekerja Farmasi dikenali sebagai Rashida berkata, stok yang diterima begitu mencukupi berbanding permasalahan yang berlaku sebelum ini.

Katanya, harga yang dikenakan sehelai begitu memuaskan berbanding sebanyak RM1.50 bagi sehelai disebabkan berlaku permasalahan orang tengah dan peningkatan keperluan stok di pasaran.

Berbalik pula keadaan di pasar raya di sekitar negeri ini mendapati harga pelitup muka jauh lebih rendah berbanding di farmasi.

Harga yang dipamerkan bernilai RM28 sekotak malah turut menawarkan pakej sebanyak RM50 buat dua kotak pelitup muka.

Menerusi tinjauan itu juga, pelbagai saiz dan jenis pelitup muka pelbagai jenama membabitkan jenis dewasa dan kanak-kanak dijual di pasar raya terbabit.

Selain itu, pelitup muka jenis N95 turut dijual namun meletakkan harga yang sedikit tinggi berbanding pelitup muka yang lain.

Sejak kerajaan memberi perintah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikehendaki memakai alatan itu ketika menggunakan kenderaan awam mahupun berada di tempat awam, rata-rata rakyat mematuhi perintah baharu itu.

Pada tinjauan ini juga ke lokasi tumpuan umum termasuk kawasan pelancongan di negeri ini mendapati hampir seluruh rakyat mematuhi perkara itu.

Kebanyakkan lokasi tumpuan di negeri ini melaksanakan perintah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan mengetatkan kewajipan pemakaian pelitup muka di setiap premis masing-masing.

Seperti tinjauan di Freeport A Famosa Outlet, Alor Gajah menyaksikan ratusan pengunjung tidak putus-putus mengunjungi lokasi tumpuan itu.

Biarpun menerima kunjungan ramai, premis terbabit melaksanakan SOP yang ditetapkan malah menetapkan kewajipan pemakaian pelitup pemuka kepada semua pengunjung.

Views:

3

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Pemakaian pelitup muka: “Tiada lagi budi bicara” – KP Melaka
Next post Korban wang ringgit selamatkan chalet