SUKMA2024: Melaka Rugby mampu capai ‘top 4’

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER LIMAU 21 April – Melaka meletakkan sasaran pasukan ragbi negeri ini mampu menempa nama ke peringkat separuh akhir pada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA), Ogos depan.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Melaka (Melaka Rugby), Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sekurang-kurangnya sasaran ‘top 4’ itu mampu dicapai bagi kategori lelaki dan wanita pada temasya sukan berkenaan.

“Sekurang-kurangnya kita meletakkan sasaran itu kerana yakin pasukan ini mampu membawa nama Melaka ke separuh akhir pada SUKMA akan datang.

“Setakat ini semua persiapan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa dan latihan juga giat dilaksanakan pada hujung minggu.

“Latihan perlu dilaksanakan pada hujung minggu disebabkan rata-rata atlet terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diadakan di Kampung Jeram, di sini malam, tadi.

Hadir sama, Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu kehormat lain.

Mengulas lanjut Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, pasukan Melaka turut dijadual akan bersaing pada Kejohanan Prasukma Ragbi AOR 7s di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah minggu hadapan.

Katanya, kejohanan itu merupakan antara pendedahan awal bagi mengasah kebolehan atlet untuk disenaraikan dalam SUKMA tahun ini.

“Ini antara persiapan kita dan kejohanan diadakan di Kedah ini merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan setiap negeri-negeri untuk persediaan atlet pada SUKMA,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post Melaka bakal keluarkan benih padi sah pertama Januari depan
Next post Rumah Terbuka penyatuan ‘poghut’ Ayer Limau
Ubah saiz-+=