Sulaiman hargai jasa, budi pengamal media Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 14 Feb – Pengamal media daripada pelbagai agensi malam ini diraikan dalam majlis Malam Anugerah Media Melaka 2021 di Hotel LaCrista.

Program dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali itu diraikan penuh gilang-gemilang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan serta agensi bersama kenamaan lain.

Bertemakan kebaya dan batik, kesemua yang terlibat begitu ‘sporting’ menggayakan pakaian berwarna-warni, selain turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa sepanjang majlis berlangsung.

Pada malam penuh berprestij itu, sebanyak lapan anugerah dipertandingkan, antaranya Anugerah Berita Cemerlang, Anugerah Laporan TV Cemerlang dan Anugerah Kandungan Radio Cemerlang.

Selain itu turut dipertandingkan Anugerah Rencana Cemerlang, Anugerah Foto Cemerlang, Anugerah Personaliti Media, Anugerah Khas Ketua Menteri Melaka dan Anugerah Emas Ketua Menteri Melaka.

SULAIMAN hadir ke Anugerah Media Melaka 2021 di Hotel La Crista, malam tadi. Foto: Iqmal Haqim Rosman

Sulaiman dalam sidang media selepas majlis menyifatkan malam itu sebagai satu malam penghargaan untuk mengenang jasa dan budi pengamal media yang selama ini banyak berkorban masa dan tenaga dalam menyiarkan berita-berita penting kepada negeri dan rakyat.

“Selain memberi bahan berita kepada kerajaan negeri, media juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Jadi, tahniah diucapkan kepada yang menang anugerah dan kepada yang belum berjaya jangan putus asa kerana kita akan adakan lebih banyak anugerah seumpamanya di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

976
Kongsi :
Previous post Penyeludup daun ketum guna bot mewah rempuh bot APMM
Next post Buku istimewa Ketua Menteri dilancarkan
Ubah saiz-+=