
Sulaiman suntik vaksin COVID-19 pada 2 Mac
AYER KEROH 25 Feb. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengesahkan beliau menjadi individu pertama di Melaka akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 2 Mac depan sekali gus memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini.
Menurutnya, program suntikan kemudian diteruskan untuk semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan tiada yang terkecuali sebelum diagihkan kepada 11,000 petugas barisan hadapan bagi fasa pertama.
“Suntikan akan melalui beberapa prosedur dan dijalankan di tiga hospital dan klinik kesihatan di negeri ini sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Nak ambil vaksin ada banyak ‘step’ (langkah), ada taklimat baru dapatkan suntikan…lepas terima suntikan, duduk dahulu setengah jam baru boleh kita tinggalkan kawasan yang kita vaksin tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian-perjanjian PKNM di Bilik Tun Perak Seri Negeri, hari ini.
Semalam, sebanyak 8,190 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi.
Vaksin tersebut dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat yang turut diiringi petugas keselamatan yang terdiri daripada anggota polis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
AI JADI ‘RAKAN’ BELAJAR, BUKAN TEMPAT BERGANTUNG
PENGKALAN BATU 27 September - Perkembangan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara bijak dalam pembelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat...
KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM
DUYONG 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat...
YOUTUBE JADI ‘GURU’, NUR SYAZWANI BERSINAR DI PENTAS DEBAT
SERI NEGERI 27 September - Tidak pernah menyangka penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat Bahasa Melayu berakhir dengan kejayaan meraih gelaran...

