Suntik semangat buru emas di SUKMA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 3 Februari – Kejayaan pasukan sepak takraw menamatkan kemarau 39 tahun menjuarai kejohanan Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 mampu menitip inspirasi buat atlet lain dalam sukan itu untuk meraih emas dalam Sukan Malaysia 2024 di Sarawak, Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Piala Emas Khir Johari telah berlangsung selama 57 tahun dan kali ini Melaka memberikan kemenangan selepas 39 tahun kejohanan itu diadakan.

Katanya, kemenangan itu adalah hasil usaha pasukan jurulatih dan atlet yang bertungkus-lumus memastikan Melaka menamatkan penantian untuk bergelar juara.

“Ini merupakan terjemahan terbaik hasil daripada usaha pasukan dan ia menjadi pembakar semangat kepada pasukan sepak takraw Melaka untuk menghadapi SUKMA 2024 di Sarawak nanti.

“Kita mengharapkan pasukan sepak takraw Melaka meraih pingat emas, jadi teruskan daya juang demi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri dan meraikan pasukan sepak takraw Melaka di Menara Taming Sari di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Mohd Asri Ninggal dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz.

Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada 27 Januari lalu, pemain Melaka dibarisi oleh Regu A Melaka, Syahir Rosdi (tekong), Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar (apit kanan) dan Mohd Muqlis Borhan (apit kiri) manajala Regu B Melaka pula terdiri daripada Shakir Jamal (tekong), Arif Daniel Arifin (apit kanan) dan Raqib Effendi (apit kiri).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

640
Kongsi :
Previous post Hiasan tanglung jana ekonomi penduduk
Next post Skuad sepak takraw Melaka sasar buru kemenangan STL 2024
Ubah saiz-+=