Syor KPM hanya buka sekolah untuk pelajar tahun peperiksaan sahaja- Dr Anuar

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 6 Sept – Kementerian Pendidikan (KPM) disaran membuka sekolah hanya untuk pelajar tahun peperiksaan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 3 Oktober depan.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, cadangan itu meliputi semua negeri  sama ada berada dalam Fasa 1,2,3 atau 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya,  tiada perbezaan besar antara fasa terbait dan pelaksanaan pembukaan kembali sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka juga harus menepati syarat prosedur operasi standard (SOP)  ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DR ANUAR.

“Pertama, semua murid tahun peperiksaan telah lengkap dua dos vaksin dan telah melepasi 14 hari selepas tarikh vaksinasi kedua.

“Semua guru-guru yang mengajar tahun peperiksaan, pekerja pejabat sekolah, pekerja kantin, pengawal keselamatan dan pemandu bas telah lengkap dua dos vaksin dan telah melepasi 14 hari vaksinasi kedua.

“Semua ibu bapa dan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan murid-murid tahun peperiksaan telah lengkap dua dos vaksin dan melepasi 14 hari vaksinasi kedua.

“KPM mestilah selesai membentangkan kepada rakyat SOP terkini meliputi SOP keluarga, SOP perjalanan pergi dan balik sekolah dan SOP dalam kawasan sekolah dengan lebih terperinci, jelas dan boleh difahami dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Anuar berkata, bagi pelajar lain, mereka boleh meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga hujung tahun ini atau sehingga kes baharu turun.

“Murid-murid lain boleh teruskan dengan PdPR sehingga hujung tahun ini atau sehingga kes COVID-19 turun ke angka yang dianggap selamat dan terkawal oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagi guru-guru yang berkeras tidak mahu vaksin, mereka bolehlah diarahkan mengajar secara PdPR kepada pelajar bukan tahun peperiksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1287
Kongsi :
Previous post PIBG cadang pelajar divaksin di sekolah
Next post Sebanyak 2.89 juta dos vaksin COVID-19 akan dibekal ke Sabah bulan ini- Khairy
Ubah saiz-+=