Tak boleh beli lebih tiga minyak masak peket!

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 11 Jun – Arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung had pembelian tiga peket minyak masak sekilogram bagi setiap pengguna kekal berkuat kuasa hingga hari ini.

Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar berkata, penetapan itu termaktub dalam surat kementerian itu bertarikh 19 Januari lalu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan semua peniaga di negeri ini terutama kedai runcit di luar bandar mematuhi arahan itu bagi mengelakkan bekalan minyak masak bersubsidi itu berkurangan.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar. gambar fail.

“Tak benar jika kata tiada had pembelian. Kita tahu, ada kedai runcit terutama di kawasan kampung-kampung yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan ini dan menjualnya (minyak masak peket) tanpa had kepada pelanggan.

“Ini perlu dielakkan bagi memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperolehi bekalan minyak masak tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, KPDNHEP menerusi Pengawal Bekalannya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad menerusi satu surat pada 19 Januari 2021 telah menetapkan had pembelian minyak masak pek polibeg sekilogram ditetapkan hanya tiga bagi setiap pelanggan.

Surat berkenaan menyebut, kebenaran itu hanya terpakai kepada minyak masak bersubsidi dengan harga RM2.50 setiap peket, manakala bagi minyak masak selain pek polibeg tiada had pembelian ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1719
Kongsi :
Previous post Ikan lumba-lumba 200 kg ditemui mati di Pantai Puteri
Next post COVID: 170 kes baharu, dua kematian di Melaka
Ubah saiz-+=