Sorting by

×

Tak sangka Mak Misah jadi mangsa

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MERLIMAU 20 Januari – “Saya tiba-tiba terdengar suara Mak Misah mengerang sebelum ternampak kelibat lelaki keluar menerusi pintu dapur rumahnya,” itu kata jiran kepada wanita warga emas ditemui mati selepas kediamannya dipercayai disamun, dalam kejadian di Kampung Pulai Darat, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki enggan dikenali berusia 40-an itu berkata, kira-kira jam 1.50 pagi dia tiba-tiba terjaga dan ke dapur untuk minum air.

Katanya keadaan bertukar cemas selepas dia mendengar suara Mak Misah atau nama sebenar mangsa Misah Md Amin, 91, mengerang kesakitan.

“Curiga dan berasa ada yang tidak dengar selepas mendengar bunyi itu, saya mengintai menerusi celah tingkap. Tidak lama selepas itu ternampak kelibat seorang lelaki berlari keluar.

“Selepas melihat keadaan selamat saya segera memanggil jiran sebelah dan menceritakan kejadian sebelum menghubungi polis. Namun tidak sangka Mak Misah meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan, seorang wanita warga emas dipercayai menjadi mangsa samun ditemui meninggal dunia di kediamannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, pihaknya bergegas ke kediaman mangsa untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima maklumat daripada jiran wanita berkenaan pada jam 3.45 pagi.

Mohd Fadzli berkata, susulan pemeriksaan dilakukan pihaknya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring dibahagian dapur kediaman terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

20358
Kongsi :
Previous post Mangsa kebakaran terima hadiah terindah 2023
Next post Kanak-kanak ditemukan dalam kontena : Tiada unsur pemerdagangan manusia – Saifuddin Nasution
Ubah saiz-+=