Tema ‘Safari’ ceriakan anak-anak ambil vaksin

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KLEBANG 14 Feb – Dihiasi belon berwarna-warni serta bertemakan Safari, itu antara insiatif dilaksanakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore, di sini, bagi menceriakan Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) seawal jam 10 pagi tadi mendapati dari pintu masuk sehingga ke pintu keluar, PPV tersebut dipenuhi dengan belon dan ruang gambar yang berkonsepkan kanak-kanak.

Lebih menarik petugas-petugas kesihatan yang memberi vaksin kepada kanak-kanak turut memakai kostum kartun animasi serta topi haiwan seperti harimau belang, harimau bintang, jerung dan ‘unicorn’.

PETUGAS kesihatan memakai topi haiwan yang comel semasa menyuntik vaksin kepada kanak-kanak.

Inisiatif itu dilakukan bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding pemberian vaksin untuk golongan dewasa.

Ia juga pada masa sama dapat memastikan kanak-kanak yang datang merasa lebih ceria dan seronok apabila diraikan.

Setakat jam 11.40 pagi kira-kira seramai 170 kanak-kanak menerusi janji temu dan ‘walk ini’ telahpun selesai menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan.

KANAK-kanak yang telah divaksin bergambar bersama di ruangan yang disediakan.

Untuk rekod PPV Encore dibuka setiap hari selama 16 minggu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang dengan kapasiti lebih 300 penerima setiap hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

875
Kongsi :
Previous post Kompaun menteri, kerajaan tidak bezakan individu yang langgar SOP – PM
Next post Bapa dua kanak-kanak maut makan sisa makanan dari tong sampah direman 14 hari
Ubah saiz-+=