Ternak ayam bantu kawal harga

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 11 Feb – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengambil inisiatif untuk menjalankan penternakan ayam bagi membantu kerajaan menangani isu kenaikan harga barang mentah itu dalam pasaran semasa.

Pengerusi Eksekutifnya, Zazali Haron berkata, koperasi turut memainkan peranan untuk meringankan beban pengguna yang terkesan akibat kenaikan harga ayam dan telur.

Justeru katanya, pihaknya menggalakkan semua ahli koperasi memperluaskan perniagaan mereka menerusi penternakan supaya kaedah itu juga dapat membantu kerajaan menangai harga kedua-dua barang mentah itu di pasaran.

“Itu (Penternakan) usaha kita hendak buat tetapi sekarang ini tidak banyak koperasi yang terlibat (dan) kebanyakan mereka terlibat dengan ‘contract farming’, maknanya mereka perbesarkan dan jual kepada syarikat tertentu seperti KFC dan sebagainya.

“Saranan SKM adalah minta (ahli koperasi) untuk galakkan mereka membela ayam, sekurang-kurangnya dapat digunakan oleh masyarakat setempat atau sekurang-kurangnya membantu isu kenaikan harga ayam dan telur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama Keluarga Gerakan Koperasi Negeri Melaka 2022, di sebuah hotel di Ayer Keroh.

ZAZALI (kiri) dan Mohd Firdaus.

Hadir sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengarah SKM negeri, Mohd Firdaus Shaari.

Dalam perkembangan sama, Zazali berkata dalam membantu kerajaan mengurangkan harga barang mentah yang semakin meningkat, SKM menggerakkan usaha kepada semua koperasi menceburi bidang peruncitan.

“Kita ada lebih kurang 2,500 outlet koperasi di seluruh Malaysia. Kita hendak menyelaraskan bersama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) supaya ada hubungan bab ‘purchase’ dan sebagainya bagi sekurang-kurangnya membantu dalam mengawal harga barang.

“Dan untuk itu kita nak jenamakan semula kedai koperasi ini di bawah satu jenama Coop Mart, jadi ini usaha-usaha yang sedang kita lakukan supaya nampak peranan koperasi-koperasi peruncitan dalam mengawal harga barang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

707
Kongsi :
Previous post Pak Ngah berbangsa Cina, tapi selesa dengan orang Melayu
Next post Skuad B-23 kebangsaan berlepas ke Kemboja sehari awal
Ubah saiz-+=