Tiada larangan rentas negeri Melaka

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 20 Okt. – Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan larangan rentas negeri seperti yang tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Menafikan berita palsu itu, Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataannya hari ini berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti kandungan berita berkenaan.

“Ingin ditegaskan bahawa Ketua Menteri Melaka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dilaporkan atau ditularkan.

“Orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara termasuk di Negeri Melaka dengan peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai
tidak seharusnya mempercayai sebarang khabar angin atau berita palsu yang disiarkan atau diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak sah atau tidak mempunyai autoriti.

“Untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan perkembangan dan situasi semasa pandemik COVID-19 khususnya di Negeri Melaka, orang ramai diminta merujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.

Views:

753
Kongsi :
Previous post COVID-19: Penerbangan Melaka – Pulau Pinang ditangguh lagi
Next post PAWE mantapkan daya warga emas
Ubah saiz-+=