
Tiga rumah, 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Kota Tinggi
JOHOR BAHRU 6 Julai – Sebanyak tiga buah rumah jenis separuh kekal serta 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata kejadian pada 7.11 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Beliau berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dan Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999.
“Operasi pemadaman terbabit melibatkan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera penyelamat kebakaran (FRV) dan sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Azman berkata kenderaan yang musnah berada di parkir berhampiran ketiga-tiga rumah melibatkan jenama Proton, Honda, Volvo, Toyota, Ford serta sebuah motosikal jenis Suzuki GSX.
Beliau berkata operasi pemadaman ditamatkan pada 10.25 pagi dan pihaknya masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
AHMAD ZAHID TITIP EMPAT AMANAT, BEKALAN BUAT HUFFAZ TEMPUH MASA DEPAN
BANDARAYA MELAKA 25 Oktober - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menitipkan empat amanat kepada golongan...
PH UMUM 21 CALON BERTANDING PADA PRN MELAKA
MELAKA 25 Oktober - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Senarai...
SASAR 125,000 HUFFAZ PROFESIONAL MENJELANG 2050
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Kerajaan menyasarkan melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050 menerusi kesinambungan program Transformasi Nasional 2050 (TN50),...
HUFFAZ JUGA MAMPU JADI PERDANA MENTERI – AHMAD ZAHID
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pelajar tahfiz tidak seharusnya dipandang rendah kerana golongan huffaz berpotensi menjadi profesional malah pemimpin tertinggi...
PRN MELAKA: BN KEKAL PADA JANJI, 7 KERUSI UNTUK PN
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) kekal dengan persetujuan asal menyerahkan tujuh kerusi yang tidak ditandinginya kepada Perikatan...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...

