Tingkat kawalan, elak ekosistem semulajadi rosak kerana ‘harta karun’

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

TELOK MAS 16 Oktober- Kawalan pihak berkuasa perlu ditingkatkan di Pulau Nangka bagi mengelakkan pencerobohan pihak tertentu yang mendakwa wujudnya harta karun di pulau terbabit.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ekoran ekosistem kawasan pulau tersebut semakin terjejas.

Katanya, meskipun wujud desas desus kononnya tersimpan harta karun di Pulau Nangka, namun hal itu masih belum dapat dibuktikan melalui kajian saintifik.

“Pencarian kononnya harta karun di Pulau Nangka hanya berdasarkan mitos dan riwayat tertentu dan demi untuk menjaga ekosistem yang terdapat di pulau terbabit, kita minta pihak berkuasa untuk tingkatkan kawalan di situ.

“Kerana bila saya pegi dahulu ke Pulau Nangka, saya melihat telah berlakunya kerosakan dan ada beberapa kawasan yang telah di korek sehingga sebegitu dalam.

“Dan saya rasa kita perlu membuat pembaikan selepas menceroboh ekosistem pulau itu, dan sekiranya ada harta karun, atau mungkin ada kebenaran di balik mitos tetapi tidaklah perlu untuk kita korbankan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas mengadakan lawatan di sekitar Pulau Besar dan Pulau Lalang, di sini hari ini.

photo1665906516
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis (tengah) bersama Pengarah Majlis Pembangunan Pulau-pulau negeri, Azhar Yaacob (kiri) mengadakan sidang akhbar selepas lawatan kerja bersama Majlis Pembangunan Pulau – Pulau Negeri Melaka (MPPM) & Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) sempena Program Melaka Historical Hunt di Pulau Lalang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menceroboh pulau tersebut dengan melakukan penggalian haram.

Ujarnya, tindakan pihak tersebut telah merosakkan keaslian alam semulajadi pulau terbabut sekali gus menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu.

Untuk rekod, Pulau Nangka telah diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dengan keluasan 20 hektar.

Pulau Nangka adalah antara 10 pulau kecil sekitar Pulau Besar dan mengikut sejarah, pulau itu didakwa menyimpan harta dipercayai milik Kesultanan Melayu Melaka pada zaman era penjajahan Portugis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1947
Kongsi :
Previous post Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023 – PM
Next post Polis tahan lelaki dipercayai terlibat kes mayat wanita reput di Ipoh
Ubah saiz-+=