TMM2024: Cabutan bertuah setiap bulan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 6 Februari – Program Cabutan Bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kini lebih menarik apabila diadakan setiap bulan berbanding tiga bulan sekali yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu adalah antara penambahbaikan dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam usaha menggamit lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Melaka.

Kata Ketua Menteri, penyertaan untuk cabutan juga lebih meluas dan kini terbuka kepada semua pengunjung atau pelancong bercuti di Negeri Melaka.

“Cabutan bertuah menawarkan lapan unit kereta, 20 buah motosikal dan pelbagai barangan elektrik dilaksanakan setiap bulan, kita akan menetapkan tarikh pelancarannya selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 15 April nanti.

“Kita buka peluang ini kepada sesiapa sahaja yang datang melancong ke Melaka dengan syarat hanya perlu melaksanakan pembelian cenderamata khas TMM2024 seperti kemeja-T, topi, mug, tuala muka dan tumbler di mana-mana lokasi tumpuan pelancongan.

“Setiap pembelian cenderamata akan diberikan kupon cabutan bertuah yang sah lakunya adalah bagi tempoh satu bulan,” kata Ketua Menteri pada Sidang Media TMM2024 dan Hari Pengisytiharan Hari Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bersama timbalan beliau Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

627
Kongsi :
Previous post Jelajah Melaka 20 Februari ini
Next post Imbau sejarah kemerdekaan Tanah Melayu
Ubah saiz-+=