TMM2024: Gotong-Royong Perdana diadakan di Sungai Melaka Fasa 2 sejauh 5.2km

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 14 September – Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Gotong-Royong Perdana Sungai Melaka Fasa 2 sejauh 5.2 kilometer (km) pada 15 Oktober depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, gotong-royong itu diadakan sebagai persediaan awal Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) membabitkan kawasan Taman Rempah sehingga Kawalan Air Batu Hampar.

Menurut Ab Rauf, dijangkakan seramai 500 peserta akan terlibat pada program itu, termasuklah membabitkan penyertaan daripada jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO), penduduk setempat serta pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Selain gotong-royong, terdapat program lain yang turut diadakan seperti Walkabout dan Litter Picking, Pertandingan Kutipan Sampah
Terbanyak, Program Pertunjukan dan Perlumbaan Bot Kawalan Jauh (Remote Control) dan banyak lagi.

“Menariknya, kita turut akan mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan RM10,000 hingga RM30,000 untuk penjawat awam dan sukarelawan yang terlibat.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama dan penyertaan daripada para penjawat awam bagi sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan pelancongan di Sungai Melaka sebagai persediaan untuk kita menyambut kedatangan pelancong nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka September 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1113
Kongsi :
Previous post Melaka adakan lawatan kerja ke semua DUN, pantau pembangunan dan masalah rakyat – KM
Next post JPJ sita 3,111 motosikal dalam Op Khas seluruh negara
Ubah saiz-+=