Tolak Bersatu, rakyat nilai sendiri – Rafiq

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BACHANG 2 Nov – Keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu memberi refleksi untuk rakyat menilai sendiri di mana pihak yang cintakan perpaduan dan siapa yang mahukan perpecahan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen bagaimanapun berkata, keputusan itu dilihat tidak akan menjejaskan fokus parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini.

“PN dah sedia lama untuk hadapi segala kemungkinan untuk pastikan fokus kita ke arah PRN tidak terganggu gugat di atas keputusan orang lain.Terpulang kepada UMNO, PN sudah bersedia di segenap sudut.

“Saya fikir rakyat boleh lihat pihak mana yang cintakan perpaduan dan siapa yang mahukan perpecahan

“PN konsisten untuk bekerjasama dengan parti-parti yang bekerjasama membentuk kerajaan pusat selama ini.

“Kita lihat UMNO menolak itu memperlihatkan rakyat Malaysia khususnya Melayu bahawa pihak mana yang mahu penyatuan dan pihak mana yang tidak mahukan penyatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Deepavali Melaka Prihatin anjuran Kelab Cakna Gemilang dengan kerjasama kerajaan negeri di sini petang tadi.

Ketika ditanya mengulas pendirian PAS Yang mengekalkan pendirian untuk menggunakan logo PN ketika PRN, beliau berkata itu merupakan satu kekuatan PN untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

“Ini merupakan bukti jelas keyakinan PAS kepada wadah PN dan merupakan satu tawaran baharu untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang pelbagai kaum dan budaya di Malaysia.

“PN sentiasa bekerjasama dan bermesyuarat untuk pastikan jentera PN digembeleng secara maksimum bagi memastikan prestasi pada PRN dapat dicapai pada tahap yang membanggakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

488
Kongsi :
Previous post Mahasiswa UTeM juara permainan keselamatan siber
Next post Loji Rawatan Air perlu diselenggara segera
Ubah saiz-+=