Tragedi potong dahan pokok nangka, warga emas maut terkena parang

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 29 September – Niat warga emas menebang dahan pokok nangka di hadapan rumah berakhir tragedi, apabila dia maut dihempap dahan sebelum terjatuh dan terkena sebilah parang, dalam kejadian di Batu 8, Paya Rumput, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Yap Ah Keo, 64, dikatakan sempat mencuci luka menggunakan air paip di halaman rumahnya sebelum rebah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk di bahagian rusuk kanannya.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan menaiki tangga yang disandarkan pada pokok setinggi 2.1 meter untuk menebang dahan pokok berkenaan.

“Sewaktu menebang, dahan pokok itu secara tiba-tiba menimpanya dan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mendapati terdapat darah mengalir akibat terkena parang yang dibawa bersamanya.

“Mangsa sempat memanggil isteri dan membasuh luka menggunakan air paip di halaman rumahnya dan ketika berjalan lima langkah untuk masuk ke rumah, mangsa tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ketika anggota polis tiba, mayat mangsa masih terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah dan kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun pihaknya telah mengeluarkan Pol 61 bagi mengetahui sebab-sebab kematian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2117
Kongsi :
Previous post Dakwaan penculikan di sekolah: KPM teliti sesuatu kes sebelum ambil tindakan
Next post 29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Ubah saiz-+=