Tujuh kawasan terjejas banjir kilat

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 14 April – Tujuh kawasan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan kira-kira dua jam, lewat petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, hujan lebat bermula antara jam 3.45 dan 4.45 petang itu mengakibat berlakunya limpahan air sungai serta parit ke kediaman penduduk.

Katanya, kawasan yang terjejas membabitkan tiga di daerah Melaka Tengah, tiga Alor Gajah dan satu di Jasin selain pemantauan paras air dilakukan dari semasa ke semasa.

“Bagi kawasan Durian Tunggal hujan lebat berterusan dikatakan bermula jam 3.45 petang dan mengakibatkan tiga kawasan terjejas iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai.

“Dilaporkan tiga keluarga di Kampung Bukit Tambun ditempatkan sementara di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bukit Tambun manakala satu keluarga dari Kampung Bukit Balai juga ditempatkan di balai raya.

“Kesemua mereka ditempatkan di PPS sementara sehingga air surut selain pemantauan semasa juga dibuat di kawasan terjejas banjir kilat,” katanya.

Whatsapp Image 2024 04 14 At 9.01.14 Pm

ANGGOTA APM melakukan pemantauan di kawasan terjejas di Durian Tunggal.

Sementara itu, di Melaka Tengah kawasan terjejas membabitkan Taman Melawis, Bukit Beruang; Sungai Putat dan Ayer Keroh Height.

“Bagi ketiga-tiga kawasan ini jumlah rumah yang terjejas adalah sebanyak 35 buah dan PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutahir,” katanya.

Jelasnya, di Kampung Gapam, Jasin pula dilaporkan 16 buah rumah dikenal pasti terjejas dan maklumat berhubung mangsa sedang dikemaskini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

973
Kongsi :
Previous post Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Next post Penuntut IKTBN maut motosikal terbabas akibat jalan licin
Ubah saiz-+=