Tuntutan doktor kontrak wajar tapi perlu guna saluran betul – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BUKIT PALAH 26 Julai – “Secara peribadi saya menyokong mereka (doktor kontrak) diberi perjawatan tetap,” kata Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman.

Beliau mengulas isu kira-kira 50 doktor kontrak mengadakan bantahan di pakir Hospital Melaka (HM) pagi tadi.

Rahmad bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak bersetuju dengan sebarang penganjuran bantahan dilakukan berkaitan isu itu.

Mengulas lanjut katanya terdapat 459 doktor kontrak di negeri ini termasuk 335 bertugas di Hospital Melaka.

“Saya sokong mereka diberi jawatan tetap, cumanya secara demonstrasi saya tak setuju berikutan dalam keadaan negara memutuskan rantaian COVID-19.

“(Soal) perjawatan ini juga di luar kuasa kerajaan negeri mahupun kementerian dan ia perlu diberi perhatian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar diberi penempatan sewajarnya.

“Difahamkan dalam penganjuran kali ini juga hanya membabitkan kakitangan yang tidak bertugas dan tiada pelanggaran dalam etika penugasan perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat di Hospital Melaka, di sini hari ini

Terdahulu, MHI melaporkan kira-kira 50 doktor kontrak melakukan protes aman bagi menunjukkan solidariti berkaitan perjawatan mereka di parkir hospital terbabit, pagi tadi.

Kumpulan doktor terbabit didapati membawa plakad bagi menunjukkan bantahan mereka berdekatan lobi utama hospital itu.

Protes dimulakan tepat jam 11 pagi dan berlangsung selama 10 minit sebelum diarah bersurai oleh kakitangan hospital bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Bantahan itu bagaimanapun diteruskan semula pada sekitar jam 11.35 bagi meluahkan solidariti sama berkaitan perjawatan golongan terbabit.

ARTIKEL BERKATAIN: 50 doktor kontrak adakan protes di Hospital Melaka

Isu pekerja kontrak kesihatan: Jangan sertai demonstrasi esok

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post Pekerja asing mula dipindahkan ke CLQ
Next post Kerajaan tidak nasihat Agong lanjut darurat – Takiyuddin
Ubah saiz-+=