Unit IPT Melaka perlu diaktifkan – Tun Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 13 Mac -Unit IPT (institusi pengajian tinggi) Melaka perlu diaktifkan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar di institusi pengajian dan kemahiran.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, ia berikutan kebolepasaran pelajar di negeri ini dilihat membimbangkan iaitu sekitar 60 peratus pada tahun 2020.

Katanya, penurunan itu disebabkan golongan anak muda masa kini lebih berminat ke arah gig ekonomi seperti membuat kandungan digital di aplikasi TikTok, mahupun terlibat dalam industri e-hailing dan p-hailing.

“Oleh itu, Unit IPT Melaka perlu diaktifkan bagi memantau segala isu dan permasalahan ipt di negeri melaka secara holistik serta menyelaraskan aktiviti siswa dansiswi selain menjadi peransang kepada pelajar dan institusi.

“Ini bagi membolehkan pelajar masa kini mempunyai kesedaran melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi supaya mempunyai kerjaya yang maju dan lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Mohd Ali percaya Melaka berpotensi menjadi hub pendidikan terulung negara dengan sasaran 100,000 orang pelajar pada satu-satu masa.

Katanya, ia berikutan terdapat 45 buah IPT di Negeri Melaka di mana 25 buah merupakan institusi pendidikan tinggi awam manakala 20 buah lagi adalah institusi pendidikan tinggi swasta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1829
Kongsi :
Previous post Selesai projek pelancongan terbengkalai – TYT
Next post Dasar rasionalisasi perlu diteruskan – TYT
Ubah saiz-+=