Unit Kebudayaan Kampung Morten bakal ditubuhkan

Masa Membaca:51 Saat

KOTA LAKSAMANA 3 September – Kampung Morten yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka dicadang untuk diangkat menjadi antara hab kebudayaan negeri.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kewujudan unit kebudayaan di kampung Melayu tradisional itu diyakini mampu menjadi tarikan terbaharu di Melaka.

Katanya, melalui unit itu, ia bakal mempromosikan warisan dan kebudayaan Negeri Melaka seperti persembahan dondang sayang, nazam dan sebagainya.

“Pada saya cadangan Datuk Abidullah Salleh (Pengerusi Penyelaras Japerun Kota Laksamana) untuk mewujudkan unit kebudayaan itu sangat relatif dan realistik.

“Insya-Allah saya yang memegang portfolio pelancongan, warisan dan kebudayaan akan cuba mengusahakan beberapa dana bagi membantu tertubuhnya unit ini di kawasan pelancongan seperti Kampung Morten,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Semarak Gemilang Daerah Melaka Tengah di Villa Sentosa Kampung Morten, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Japerun Kota Laksamana Datuk Abidullah Salleh dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Azman Musa dan Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Nooradha Hashim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1946
Kongsi :
Previous post Batik Air dijadual mendarat di Melaka pada 12 September
Next post Penghantar makanan maut rempuh SUV
Ubah saiz-+=