UTeM perlu terus jadi pusat rujukan – Tun Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

DURIAN TUNGGAL 7 November- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disaran untuk terus memainkan peranan dalam meningkatkan penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan ilmu-ilmu kejuruteraan serta teknologi di masa akan datang.

Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UTeM, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, hal itu penting agar universiti teknikal awam pertama negara itu terus menjadi pusat rujukan pada masa-masa akan datang.

Menurutnya, usaha-usaha berterusan amat penting memandangkan dunia kini berdepan desakan era digitalisasi – Revolusi Industri 4.0. (IR 4.0) yang menyaksikan negara-negara maju sedang bersaing bagi mencapai fasa Revolusi 5.0.

“Oleh sebab itu, kita harus peka dan cakna kepesatan teknologi maju yang sedang berlaku.

“Bagi memenuhi kehendak ini, graduan UTeM mesti terus berusaha hingga berjaya. Untuk kekal kompetitif, para graduan hendaklah sentiasa menerokai ilmu-ilmu baharu, yang boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada kualiti keperibadian diri para graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-18 UTeM di Dewan Canselor UTeM, 5 November lalu.

photo1667650197
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam beeucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka ke-18 di Dewan Canselor UTeM, Durian Tunggal, Melaka. Foto: MR. AZLI

Tun Mohd Ali memaklumkan UTeM turut menyumbangkan kepakaran dalam pembangunan projek kelestarian komuniti Negeri Melaka dengan mempelbagaikan aktiviti dalam pembangunan komuniti.

Menurutnya, peranan UTeM menjadi institusi rujukan utama sebagai penyumbang solusi terhadap permasalahan industri dan komuniti setempat amat berpadanan.

“Saya difahamkan, pelbagai insiaitif dan projek kolaborasi bersama agensi dan industri turut giat dijalankan,” katanya.

Tun Mohd Ali turut memaklumkan 91 peratus graduan UTeM telah berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor pekerjaan terutamanya syarikat swasta – Multinational Companies dan tempatan.

Pada masa sama, beliau menyeru 38,814 alumni UTeM agar dapat menjadi ikon terbaik dalam membawa imej dan nama baik universiti ebagai Penjana Ilmuwan Teknologis Bertaraf Dunia.

Untuk rekod, pada majlis konvokesyen ke-18 yang berlangsung 5 hingga 7 November, seramai 3,149 graduan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma diraikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2492
Kongsi :
Previous post Tangan emas Baser, hasilkan replika rumah tanpa lakaran
Next post Mohd Ridhwan jauhi politik kebencian
Ubah saiz-+=