
Wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah
KUANTAN, 6 Dis – Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala Lipis, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok Tong, 39, ditemukan di dalam kawasan pokok pisang oleh ahli keluarganya.
“Siasatan awal mendapati mangsa bersama lapan ahli keluarganya sedang tidur di rumah kayu berdinding buluh yang dikelilingi pokok pisang dan berhampiran kebun getah.
“Mereka terjaga kerana dinding rumah bergoyang dipercayai akibat dilanggar gajah menyebabkan mereka semua melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata ahli keluarga mangsa yang berkumpul semula selepas keadaan tenang, menyedari mangsa hilang menyebabkan mereka mencarinya di sekitar rumah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN SEMENTARA BUKAN ALASAN PERLAHANKAN LANGKAH LAKSANAKAN AMANAH RAKYAT
PENGKALAN BATU 27 September - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara rasmi 23 September lalu, tidak bermakna penyampaian...
IKHTIAR TOK RAUF BANTU PENIAGA PASAR BESAR BACHANG KEMBALI TERSENYUM
PENGKALAN BATU 27 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bukan sekadar menabur janji kerana komitmen beliau...
BAKUL BELANJA RAKYAT BANTU ORANG MELAKA BERJIMAT
PENGKALAN BATU 26 September - Ikhtiar membantu meringankan kos sara hidup orang Melaka diterjemahkan menerusi inisiatif Penjimatan Bakul Belanja Rakyat....
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN SEKADAR NAK MERIAH, TAPI SENTUH KEHIDUPAN AKAR UMBI
PENGKALAN BATU 26 September - Penganjuran Jualan Melaka Sayang Rakyat, menghidupkan suasana malam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
