
Warga emas maut terjun tingkat 8 UTC
BANDARAYA MELAKA 17 April – Seorang lelaki warga emas maut selepas terjun dari tingkat 8 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Bandaraya Melaka, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari selepas dimaklumkan anggota polis yang bertugas di kiosk berkenaan.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah terhadap mangsa berusia 81 tahun.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi menjalani saringan COVID-19 dan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, POL61 turut dikeluarkan bagi mengetahui sebab-sebab kematian.
Terdahulu, pengunjung dan warga kerja UTC Bandaraya Melaka gempar dengan tindakan lelaki warga emas terjun dari tingkat 8 bangunan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DENGAN 2,000 JALUR GEMILANG
ALOR GAJAH 30 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyasarkan pemasangan antara 1,500 hingga 2,000 Jalur Gemilang di seluruh...
ABIBAH LEGA, LPM BAIK PULIH RUMAH BERISIKO ROBOH AKIBAT ANAI-ANAI
PAYA RUMPUT 30 Julai - Bantuan baik pulih rumah Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberi...
KETUA MENTERI TURUN PADANG, DENGAR DENYUT NADI PENIAGA PASAR MBMB
PENGKALAN BATU 30 Julai – Suasana pagi di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bachang hari ini sedikit berbeza...
MAJIKAN PERLU BERI PERHATIAN ANCAMAN PSIKOSOSIAL TEMPAT KERJA
BANDARAYA MELAKA 30 Julai - Risiko psikososial di tempat kerja seperti tekanan melampau, beban tugas tidak seimbang, buli di tempat...
MAIM PELAWA UMAT ISLAM PERKASA INISIATIF WAKAF
AYER KEROH 29 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa penyertaan orang ramai khususnya umat Islam untuk menyumbang kepada...
LPM BINA BAHARU, BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 29 Julai - Sebanyak lima buah rumah dibina baharu, manakala 13 lagi dibaik pulih menerusi Program Melaka Rumahku...
