
Zoo Melaka terima hampir 10,000 pengunjung pada Sabtu dan Ahad
AYER KEROH 25 Ogos – Zoo Melaka dan Taman Burung Melaka merekodkan hampir 10,000 kehadiran dalam tempoh dua hari pada Sabtu dan Ahad lepas.
Menurut Pengarahnya Zanariah Khamis, pihaknya merekodkan 5,873 pengunjung pada Sabtu dan 4,057 pengunjung pada Ahad.
“Itulah angkanya yang kita peroleh setiap minggu sejak bermulanya promosi tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak sejak pertengahan Jun lalu.
“Dan saya berharap orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Zoo Melaka, memandangkan promosi itu akan berakhir hujung bulan ini,” katanya.
Zanariah dalam masa sama memberitahu Zoo Melaka kini dalam proses memeterai perjanjian persefahaman bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk memudahkan pihaknya menerima kemasukkan haiwan baharu.
Jelasnya lagi, pihak Zoo Melaka juga sedang berusaha membiakkan Harimau Malaya yang sedang diancam kepupusan agar baka zuriat raja rimba spesis berkenaan terus wujud.
Views:
Related

Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...

