10 kampung bergotong-royong jayakan kenduri rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

TANJUNG BIDARA 17 September – Pelbagai juadah tradisional pengikat selera dihidangkan buat orang ramai yang hadir ke Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Melaka diadakan di Pantai Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Program iringan Kenduri Rakyat itu menyediakan pelbagai lauk makan tengah hari hasil gotong-royong penduduk untuk dihidangkan kepada kira-kira 5,000 pengunjung dan peserta hadir yang hadir.

Urusetia Kenduri Rakyat, Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, dua ekor lembu ditumbangkan hasil sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang kemudian dimasak lauk kari daging oleh penduduk Kampung Ujong Padang.

“Selain itu, sebanyak 200 ekor ayam disediakan untuk dihidangkan sebagai lauk ayam goreng berempah dan 100 ekor burung puyuh digoreng kunyit telah disediakan hasil kerjasama penduduk Kampung Lubuk Redan bersama Kampung Padang Kemunting.

“Kesemua 10 kampung dalam Dun Tanjung Bidara telah bersama-sama meningkatkan permuafakatan mereka memasak bersama-sama di lokasi ini. Setiap kampung akan menyediakan satu jenis lauk untuk dihidangkan kepada orang ramai yang hadir.

“Lauk lain seperti gerang asam telah dimasak oleh penduduk Kampung Pasir Gembor, manakala sup tulang oleh penduduk Kampung Ayer Hitam Darat dan Ayer Hitam Pantai, diikuti nasi dimasak oleh penduduk Pengkalan Balak dan Kampung Londang Tengah. Ulam-ulaman pula disediakan oleh penduduk Kampung Pulau dan Jeram,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-09-17 at 4.28.31 PM
SUASANA meriah sekitar kenduri rakyat

Terdahulu, aktiviti memasak lauk oleh semua peserta dimulakan pada jam 9 pagi dan dihidangkan pada 12 tengah hari.

Ab Rauf yang hadir merasmikan program itu sempat beramah mesra dan menyantuni penduduk yang bergotong-royong menyediakan makanan buat orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1041
Kongsi :
Previous post Melaka promosi TMM2024 di tiga negara Asean
Next post Rezeki tawan Ophir, ‘rider’ diumum juara keseluruhan kategori 50KM
Ubah saiz-+=