Sorting by

×

100 pek makanan buat gelandangan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 Sept – Sebanyak 100 pek makanan diagihkan buat gelandangan bagi menyelami nasib dihadapi golongan terbabit di sekitar Bandaraya Melaka.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program mingguan dijalankan belia itu merupakan perkara penting bagi membantu golongan memerlukan di kawasan berkenaan.

Katanya, program agihan makanan yang dijalankan sejak lapan minggu lalu meliputi beberapa lokasi di sekitar Melaka Sentral, Malim, Cheng dan beberapa kawasan lain.

“Program edaran makanan bermasak ini merupakan salah satu gerak kerja tanda keprihatinan kami di DUN ini terhadap nasib gelandangan.

“Kita memohon dan berharap akan ada lebih banyak badan bukan sukarelawan (NGO) terutama anak muda bagi bersama menyertai misi sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengagihkan pek makanan di sekitar Jalan Hang Tuah, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penjual tisu, Saanah Embi, 65 berkata, dia berterima kasih atas sumbangan yang diberikan buat golongan sepertinya yang mengharapkan rezeki atas jualan tisu dan belas ihsan orang ramai.

Katanya yang dihentikan kerja sementara sebagai pembantu kedai, dia terpaksa berjalan di sekitar jalan berkenaan bagi menjaja tisu buat orang ramai.

“Setidak-tidaknya, bantuan diterima hari ini dapat mengurangkan sikit beban saya,”katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1007
Kongsi :
Previous post Sultan Nazrin berkenan lantik Jemaah Pemangku Raja Perak
Next post Dulu sunyi pengunjung, kini ‘meriah’ sisa sampah
Ubah saiz-+=