
Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
SIBU, 30 Disember – Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lepas.
Menurutnya suspek kemudian memberi penerangan mengenai pelaburan tersebut yang menawarkan keuntungan 200 hingga 350 peratus.
“Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan dari penghujung November hingga penghujung Disember.
“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan suspek, sebelum tampil membuat laporan pada 28 Dis lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mancha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA AYER LIMAU TERIMA INSENTIF BELANJA RAKYAT, BERAS PERCUMA
AYER LIMAU 8 September - Seramai 865 warga Ayer Limau termasuk 85 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Insentif Belanja...
RM7.9 JUTA BANGUNKAN EKOPELANCONGAN PAYA LEBAR
AYER LIMAU 8 September - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bakal memiliki pemangkin ekonomi baharu menerusi Projek Pembangunan Ekopelancongan...
WRUR AYER LIMAU: RM300,000 BAIK PULIH LAPAN KEDIAMAN UZUR, SEBUAH DIBINA BAHARU
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM300,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan bina baharu kediaman penduduk...
SETIAP KAMPUNG ADA CERITA, MESRA BAWA SUARA RAKYAT
AYER LIMAU 8 September - Setiap kampung menjadi titik rujukan Kerajaan Negeri dalam mengenal pasti keperluan akar umbi menerusi wakil...
MELAKA AMAL POLITIK KASIH SAYANG
AYER LIMAU 8 September - Melaka memilih politik kasih sayang berbanding politik kebencian, sekali gus memastikan tumpuan pentadbiran kekal kepada...
HARI MALAYSIA: TAWAR DISKAUN KHAS, MENARA TAMING SARI SASAR 4,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 8 September - Menara Taming Sari dijangka menerima lonjakan sehingga 4,000 pengunjung sempena Sambutan Hari Malaysia pada 16...
