
Harga petrol, diesel kekal sehingga 14 Februari
KUALA LUMPUR, 7 Februari – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok sehingga 14 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNTIKAN PELABURAN TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 8 Jun - Pelaburan berjumlah RM1.8 bilion bagi perancangan pelaksanaan projek pembangunan dan pemodenan infrastruktur kesihatan di negeri...
PENERBANGAN LALUAN MELAKA-PULAU PINANG BAKAL BEROPERASI TAHUN INI
KESIDANG 8 Jun - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bakal mengendalikan laluan penerbangan Melaka-Pulau Pinang menerusi syarikat penerbangan Batik Air....
INISIATIF WAKAF PEMANGKIN KELESTARIAN PENDIDIKAN UNIMEL
KUALA LINGGI 8 Jun - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) tampil memperkasa agenda kelestarian pendidikan menerusi inisiatif wakaf dan endowmen sebagai...
DARI BARA JADI KARYA, DUA BERADIK NYALAKAN SENI ‘WOODBURN’ BERIDENTITI MALAYSIA
AYER LIMAU 8 Jun – Seni 'woodburn' atau ukiran kayu menggunakan teknik pembakaran halus mungkin semakin asing dalam kalangan generasi...
MELAKA RIVER CRUISE HIDUPKAN SEMULA KENANGAN 10 TAHUN LALU
BANDA HILIR 8 Jun – Kunjungan ke Melaka River Cruise sempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Jun menjadi perjalanan...
POLIS BURU LELAKI CURI BEG JEMAAH WANITA KETIKA SOLAT
ALOR GAJAH 8 Jun – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan ketika...
