Sorting by

×

BERAS MELAKA BUKTI KOMITMEN KERAJAAN NEGERI JAMIN BEKALAN BERAS MURAH UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MERLIMAU 18 Mei – Pelaksanaan Projek Pengeluaran Benih Padi Melaka di Sawah Kampung Tengah Padang bukan sekadar memberikan sinar baharu buat pesawah, bahkan ia menjadi cerminan kepada komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan bekalan beras kepada rakyat Melaka pada harga yang lebih murah.

Keberkesanan inisiatif itu terbukti apabila tuaian menggunakan benih MR297 kini dipasarkan sebagai Beras Melaka ditawarkan pada harga cuma RM26 bagi bungkusan 10 kilogram.

Pesawah Ahmad Essa, 69, berkata, matlamat dan inisiatif Kerajaan Negeri bersifat itu serampang dua mata, kerana manfaatnya dirasai semua rakyat Melaka.

“Dalam mencari penyelesaian untuk membolehkan pesawah mendapat harga benih padi yang murah akhirnya tercetus pengeluaran beras putih tempatan iaitu Beras Melaka.

“Manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat apabila harga yang ditawarkan jauh lebih murah, selain menjamin keberadaan bekalan beras putih di pasaran,” katanya.

Menurutnya, bantuan dan inisiatif disalurkan Kerajaan Negeri menerusi agensi yang terbabit secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban pesawah.

“Sebelum ini memang ada bantuan diterima, tetapi manfaatnya tidak seperti sekarang yang benar-benar melegakan pesawah, kami semakin bersemangat untuk terus berbudi kepada sawah. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan yang banyak membantu.

“Pengeluaran benih ini juga dilihat dapat menjana pendapatan lebih lumayan apabila hasil tuaian musim pertama menunjukkan peningkatan kira-kira 20 peratus,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Ahmad berkata, tumbesaran benih padi menggunakan benih MR297 juga lebih cepat apabila dalam tempoh 30 hari sudah mengeluarkan lapan kelopak berbanding cuma tiga kelopak bagi tempoh sama jika menggunakan benih yang lama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1300
Kongsi :
Previous post TIGA INISIATIF, STRATEGI BAHARU PERKASA BELIA MELAKA
Next post MPAG GALAK TAMAN PERUMAHAN BANGUNKAN KEBUN KOMUNITI